Jumaat, 7 Jun 2013

Kereta meragam

Pagi ni, hondaku meragam sikit..VSA menyala dari semalam..tentu ada masalah tu..dan yang pastinye tayar kereta belah belakang juga perlu ditampal..tak tahu dimana dan oleh siapa..tapi yang pastinya tayar kereta belakang tu terkena paku..so, kena la pam angina kat tayar tu..dan the worse scenario is I think the car battery is low..very very low..and have to be replaced with the new one.hopefully, during lunch hour ni sempatlah nak balik tampal tayar and tukar bateri tu..insya Allah..moga dipermudahkan perjalananku..

Risk Coordinator

Next week, 20hb Jun, satu taklimat risk akan diadakan di UNITEN yang akan dianjurkan oleh pihak EWRM. Hmm..dah lama tinggal bidang risk ni..tahu-tahu je puan nominate nama jadi salah seorang risk coordinator untuk Bahagian Korporat. Pengalaman baru buatku and I take it as a challenge..will do the best..insya Allah..

Khamis, 6 Jun 2013

KPI 2013

Musim mem final kan KPI dah tiba..semalam dah meeting dah dengan bos..oh ye..bos besar aku kat sini namanye Pn Suzana..tapi tak nak citer pasal bos aku tu..yang aku nak citer kat sini pasal nak finalkan KPI ni.. di Korporat ni, aku ada 6 orang staff..so kelima lima staff ni aku kena siapkan dan key in ke dalam sistem cbpms tu..so far, oklah, aku pun called up meeting dengan diorang semua this morning tapi part sedihnya, aku punya KPI sendiri tak siap2 lagi..mane taknyer, aku baru je due bulan kat sini..tak kisah la tu..tapi yang sedihnya..nak draf ni..huaaa..payah nak citer kan kat blog ni..tapi petang ni yang pasti aku nak bincang pasal KPI ni..time nak siap semua ikut due date ni..bile bos cuti2 malaysia ni..payah nak cakap..ape pun nak buat shud get approval from big bos..have to wait till next Tuesday.. untuk cbpms rating yang tujuh bulan lepas kena disahkan oleh IM di ofis lamaku..dah sms dah inform, but yet, no reply till today..Ya Allah, permudahkan segala-galanya untuk ku...

Selasa, 4 Jun 2013

Ceramah Ramadhan Menggamit Kasih Allah

Esok 5 Jun 2013 akan diadakan ceramah bertajuk " Ramadhan Menggamit Kasih Allah" di pejabatku.. moga diberikan rezeki untuk aku menghadiri majlis ilmu ini. Pastinya, banyak perkara -perkara bermanfaat yang dapat aku perolehi esok..insya Allah..

Pertukaran ke Jabatan Kewangan Korporat

Pagi tadi jam 10, aku ada meeting KPI..hmm..banyak nak tengok balik KPI ni..al maklum la..dah bertukar ke tempat baru.. untuk pengetahuan semua, awal bulan April 2013, aku telah diarahkan untuk bertukar ke Jabatan Kewangan di Bahagian Perkhidmatan dan Hal Ehwal Korporat..syukur, akhirnya niat hati untuk bertukar angin telah diperkenankan olehNya..suasana yang berbeza dari ofis lamaku, TNB Fuel..tapi apepun yang penting kite kena sentiasa perbetulkan niat di hati..supaya bekerja kerana Allah..insya Allah, segala-galanya akan berjalan dengan mudah..kita hanya hambaNya..yang hidup di muka bumi, pinjamanNya hanya sementara..terima kasih Allah..atas segala-galanya..

Rindu..

Masuk hari ini, dah hampir dua minggu aku balik ke tanahair dari mengerjakan umrah..namun, tatkala malam hari aku sering bermimpi seolah2 berada di sane..dan tatkala aku ade masa terluang juge aku sering teringatkan suasana di sane..rindunyerrr..tak puas rasenyer berada di hadapan Rumah Allah..moga aku akan sampai ke sane kembali.."Ya Allah..Kau Murahkan lah rezekiku untuk ke rumahMu kembali"..

Sabtu, 1 Jun 2013

Family Day Hajah Habsah 2013 (Keluarga Mertua)




Sempena Cuti Hari Keputeraan SPB YDP Agong ni, keluarga mertuaku telah mengadakan Hari Keluarga..Oleh kerana ibu mertua ku bernama Hajah Habsah..maka hari keluarga ini dipanggil "Hari Keluarga Hajah Habsah 2013"..dan hasil dari perbincangan keluarga, hari keluarga ini akan diadakan setiap tahun dan akan disponsor oleh setiap ahli keluarga..

Macam-macam aktiviti sukan telah disediakan oleh pihak penganjur hari keluarga ni..antaranya mummia noti, celup udang dalam tepung, sehati sejiwa (untuk pasangan ibubapa atau suami isteri sahaja), kumpul gula-gula terbanyak dan banyak lagi la.aktivti sukan ni semuanya dijalankan di tepi pantai.. oh ya..lupa pulak nak bagitau, lokasi hari keluarga ni..lokasi bertempat di Corus Residence and Paradise, Port Dickson. Kecoh dan gamat bagi ahli keluarga yang lain..kak yah sekeluarga, kak zai sekeluarga, kak huraizah sekeluarga, hairiah sekeluarga dan aku serta suami. Juara keluarga terbesar, so far..masih lagi dipegang oleh Kak Zai lah..dan sedang bawa seorang lagi ahli keluarga ke dunia ni tak lame lagi..alhamdulillah, murah rezeki beranak ramai..aku dan hubby tercinta..hmm..masih lagi happy berdua ke mana sahaja..itu pasti..tapi tak kecoh la..berdua je..tapi seronok melihat gelagat anak-anak buah yang memang kecoh giler..macam tak ingat dunia orang kate..hehehehe...

sebelah malam pule, di isi dengan BBQ bersama-sama..di selang seli dengan penyampaian hadiah dan cake cutting..cake cutting ni surprise untuk ibu mertua ku..sedar-sedar dah 71 tahun dah..alhamdulillah..masih lagi bersemangat menjaga cucu-cucu..sihat mihat..sape2 juga yang menyambut hari jadi dalam bulan mei ini juga berpeluang memotong kek bersama-sama ibu mertua ku termasuk lah cik hubby ku yang " pemalu" tu..hehhehehe..lepas makan-makan, bertukar-tukar hadiah, bercium ciuman, satu sessi untuk ucapan serta kata kata aluan dari setiap ketua keluarga pula diadakan sebagai penutup acara untuk hari itu..

keesokan harinya pula, menu breakfast kami " nasi lemak " special..hmm...sedap..ade yang makan nasi minyak berlaukkan sambal nasi lemak, daging BBQ dan ayam BBQ..bila kecoh-kecoh macam ni, apepun jadi sedap.. :-)..tengahari check out time...so, its silent time for me and hubby..berkumpul di rumah kak yah dulu di bandar nusaputra, baru leh berdua dua balik dengan hubby..nice weekend....

Jumaat, 31 Mei 2013

Menunaikan umrah bersama suami dan abah



Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh..

Ya Allah..lamenye tak jenguk blog ni..lame betul tak update blog ni..tak tahu kenape tetibe je rase cam nak jenguk balik blog ni..dan bile dah jenguk tu, mule la pulak datang minat nak aktif update blog aku ni..

kalau nak diikutkan dah setahun lebih rasenye aku tinggalkan blog ni..x de mood nak update selalu.tapi baru-baru ni aku nak kongsi satu pengalaman atau kenangan yang paling bermakna, bererti dan boleh dikatekan menjadi satu langkah ke arah kehidupan yang lebih baik. Insya Allah..ape pun yang penting, ape juge perasaan yang datang ni adalah perasaan yang didatangkan sendiri olehNya..aku rase amat bersyukur atas apa yang telah dikurniakan olehNya..Dia lah Allah, Tuhan Sekalian Alam, Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.

Apa yang ingin aku kongsikan bersama di sini ialah pengalaman aku menunaikan umrah bersama suami dan abah pada 8 Mei 2013 sampailah 22 Mei 2013. Hingga ke hari ini, aku terase rindu untuk ke sane kembali. Kerinduan yang bukan dibuat-buat tapi rasenye masih belum puas dan tak cukup mengabdikan diri padaNya..terase dekat sangat diri ini denganNya bila berada di sana. Aku pergi bersama jemaah Malaysia yang lain yann diuruskan oleh pihak Andalusia. Pakej ni untuk bilik bertiga, seorang dikenakan sebanyak RM 5,790.Lame dah aku booking pakej ni dan selagi belum menjejakkan kaki ke sana, aku sentiasa berdoa agar perjalanan kami diberkati dan diterima oleh Allah. Alhamdulillah, akhirnya segala-galanya berjalan dengan lancar. Banyak perkara bermanfaat yang dapat aku pelajari di sepanjang perjalanan ke sana.

Perjalanan yang bermula di KLIA..seterusnya menziarahi Kota Madinah selama lima hari dan hari ke enam dan seterusnya kami berada di Kota Barakah, iaitu Kota Makkah Al Mukarramah..Subahanallah..Alhamdulillah..syukur dapat menjadi penziarah Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad S.A.W dan tetamu Allah.Sampai sahaja di Masjid Nabawi, keindahan masjid itu sendiri sudah cukup mengkagumkan aku. Bukan aku sahaja, perasaan itu same dirasekan oleh suamiku dan abahku sendiri. Tak dapat nak dibayangkan betapa tenangnya walaupun berada di perkarangan masjid. Dapat juga aku bersembahyang dan sujud di Raudhah..tempat dimana Rasullah S.A.W sujud sewaktu solat, tempat di mana setiap yang berdoa di situ pasti dimakbulkan doanya. Berpusu-pusu umat Islam dari seluruh pelusuk dunia ingin menunaikan solat dan berdoa di situ. Yang pastinya, aku juga tidak berkecuali. Aku mengambil peluang yang ada untuk bersama-sama mendapatkan shafaat di situ. Alhamdulillah..segala-galanya menjadi mudah bagiku. Terima kasih Allah. (Menitik air mata sewaktu menaip blog ni..sayu pulak tetibe).

Untuk makluman semua, sepanjang perjalanan menuju ke masjid nabawi, peniaga-peniaga Arab dari pelbagai bangsa berniaga, menjual pelbagai barangan berbentuk cenderahati dan barang-barangan keperluan yang lain.Seronok sangat berada di sini. Barang-barang tersebut juga ku rasekan harganya agak berpatutan. Adalah juga barang-barang yang dibeli di sini sama ada untuk keperluan peribadi atau untuk cendera hati untuk saudara-mara, adik beradik dan kawan-kawan yang berada di Malaysia.. lagipun baik beli di sini. Beli siap2..tak yah dah sibuk-sibuk nak beli di Kota Makkah nanti.boleh tumpukan pada perkara yang lebih penting lagi bila berada di Kota Makkah. Suasana di Madinah..menarik..seronok rasenye berada di sana..rindu je rasenye..dan yang pastinya selepas ziarah wida, beri salam terakhir buat Rasullah S.A.W, air mata tak henti-henti mencurah-curah turun..dalam hati, aku berkate " Aku akan ke sini lagi"..Insya Allah..

Ok..itu cerita sepanjang di Madinah..Di Kota Makkah, lain pula ceritanya..so yang itu akan saya ceritakan kemudian..
bertemu lagi ye..

Wassalam...

Rabu, 25 April 2012

Aku kembali

Hujan..angin bertiup terase nyaman sekali..tenang je rase sekarang ni.sedar2 aku teringin nak jenguk blog ni..lame betul aku tinggalkan..sepeninggalan blog ni,terlaku banyak perkara yang aterjadi dalam duri aku..ade citer2 baik yang terjadi dan ade juge citer2 duke.tp yg pastinyer yg terlalu peribadi tidak akan sesekali aku coretkan dalam blog ni.maybe lepas ni aku nak aktif kembali meng upate blog aku ni..oklah for now,aku stop dulu di sini..wassalam..

Isnin, 16 Januari 2012

giler kasut

bulan ni saje, dah lima pasang kasut aku beli..pantang tengok kasut. mesti nak beli..aku spesis yang susah sikit nak cari saiz kasut..asal berkenan je satu-satu kasut tu, bile mintak saiz, mesti dah habis..tensen la jugak bile pikir-pikirkan..tapi bile pikir-pikir balik, ade jugak baiknyer..kalau tidak habis la duit kocek aku kat kasut je..ape pun semalam dalam demam-demam tetap jugak dapat beli sepasang kasut..hehehehe...

demam

adooiiii...satu badan sakit-sakit..dari pinggang membawa ke betis..sume sakit..biase kalo cam ni, confem nak demam..bile demam confem sakit kepala..tambah lak dengan sakit tekak..lately ni macam kerap pulak demam..sistem badan dah tak kuat agaknyer..apape, kena terima dengan hati yang tabah dan terbuke kerana setiap sakit tu mengugurkan dosa-dosa kecil..semalam telan panadol 2 biji..kebah sikit badan. tapi sakit tekak masih tak kurang..mulai hari ni, kena start minum air masak banyak..baru boleh lega sikit perit kat tekak tu

Rabu, 28 Disember 2011

Klinik Qistina

semalam aku ke klinik pakar kulit..ambil ubat sapu untuk gatal-gatal kulit..tak sangka lak ade klinik pakar kulit yang dekat ngan rumah..mase nak masuk ke klinik tu, terbace lak yang klinik tu menyediakan servis untuk merawat jerawat dan macam-macam lagi servis untuk mencantikkan kulit muka..kebetulan la tu..aku pun merajinkan diri untuk bertanyakan tentang jerawat-jerawat yang kadang-kadang tumbuh kat muka aku ni..tensen beb bile muka tak pernah keluar jerawat tetibe dah selalu keluar jerawt lak..adakah faktor usia?? sbb aku selalu dengar orang perempuan kalau dah masuk 30 tahun, macam-macam la jadi..lepas consultansi dengan doktor tu, die suggest la kat aku produk die kat aku..ada ubat antibiotik makan, ubat sapu untuk matikan jerawat (in case ade) dan cleanser..lepas sebulan nanti datang balik untuk check keberkesanan dan kesesuaian produk tu, seterusnya boleh la buat rawatan-rawatan lain yang disediakan, contohnya laser..eee..takut, yang tu takut, tapi doktor kate rawatan tu amat berkesan kalau nak hilangkan parut-parut jerawat di muka..so hari ni baru hari pertama aku consume sume bende tuh..so, aku tak sabar nak tengok result..always hope for the best..oh ye, kalau nak tahu, klinik tu namanya Klinik Qistina..

Selasa, 27 Disember 2011

Breakfast untuk hubby



tak tahu ape mimpi pagi ni..lame dah tak prepare breakfast untuk hubby sebelum gi keje..tetibe je pagi ni aku boleh siapkan breakfast lak untuk hubby..hmm..kalau roti bakar tu pagi-pagi biasalah..tapi kali ni, aku siapkan roti telur..sempat..al maklum la budak-budak masih bercuti sekolah..lagipun ni minggu last kalau nak keluar lambat dari rumah untuk ke tempat keje..minggu depan, budak-budak dah start sekolah..jalan start la jem balik..kalau tak, sebelum pukul 7.oo pagi dah kena keluar dah..kalau tak jangan harap lah boleh sampai ofis sebelum pukul 8.00 pagi..

so, pagi ni hubby ber breakfast dengan roti telur dan secawan milo..hehehe..seronok dan happy bile dapat buat breakfast untuk hubby macam ni..pukul 7.25 pagi baru keluar rumah ke tempat keje..tapi still boleh sampai ofis sebelum pukul 8.00 pagi..alhamdulillah..syukur..have a good day my hubby...luv u..

Ahad, 25 Disember 2011

Breakfast pagi sabtu.




ni lah menu pagi sabtu ni..laksam..antara makanan bagi orang belah pantai timur..pagi ni sebenranya, tak delah lapar sangat nak makan..tapi macam biasa, pagi mesti ambil makanan sedikit..kalau kosong sangat pun tak elok..masuk angin kang..siapa yang susah..lagipun, pagi tu breakfast sekali bersama ibu mertuaku di kg baru..laksam die not bad, tapi manis sikit..aku lebih suke kalau pedas dari yang manis-manis ni..kurang sikit kena kat tekak aku ni..akhirnya cik hubby yang tolong habiskan..hehehehe...

Jumaat, 23 Disember 2011

Projek baru

nak tahu tak projek aku dan hubby akan datang?? Cadangan ni datang dari hubby..maybe die terpengaruh ngan hobi bos die kot..projek bela ikan di akuarium..hmm..menarik gak tu..memang ingat nak hias luar umah tu..kosong je..mula-mula tu nak letak fountain..tapi bile pikirkan balik, letak akuarium la..letak pokok2 hijau keliling akuarium, letak chair and table garden kat situ..buat tempat layan2 borak sambil minum kopi..hehehe..so, weekend ni kalau banyak masa terluang, x sabar nak riki2 kat kedai ikan..kalau sume pun ok2, hopefully projek akan siap sebelum hujung bulan januari ni..hmm..insyallah..

Khamis, 22 Disember 2011

ipad 2 vs blackberry playbook

confius?? blackberry playbook ke ipad 2 ni? due-due pun berkenan..tapi nak surf internet jap, tengok yang mane lebih berbaloi beli..

Selasa, 20 Disember 2011

Hobi baru

hahh..kalau nak tahu sekarang ni aku dah ade hobi baru..hobi ni baru je bermule since hubby kerap kerja lebih masa dan outstation kebelakangan ni..nak tahu ape die hobi baru aku tu..hahhh..ade lah satu due hobi baru..tapi yang aku nak share kat sini, membace novel english..bulan ni je aku dah start beli ngan tige novel..dan kalau nak tahu, aku dah start ngan novel yang kedue..

novel pertama yang aku bace bertajuk " The man every woman wants"..hehehe..sume novel yang aku bace ni, semuanye novel romance..hehehe..macam-macam perasaan yang timbul bile bace novel-novel ni..so sweet, romantik dan touching..love it..dan sekarang ni aku sedang membace novie (novel dan kemudiannya di adaptasikan ke movie)..tajuk " Eat, Pray and Love"..kalau movie nyer tu, lakonan Julia Robert..baru je chapter 6..hopefully memuaskan hatiku..

dan yang seterusanya lak...tunggu..juge romance novel..peace..luv u honey..yesterday, now and forever..even more than u know..

bonus oh bonus..

alhamdulillah..syukur..tahun ni rasenyer mencurah-curah rezeki..aku dan suami sama-sama meraskan banyaknyer rezeki yang dicurahkan olehnya tahun ini..syukur yang tak terhingga..

minggu lepas, baru je dapat payslip sbb gaji..hari ni lak, terima payslip lagi sbb bonus dan ex-gratia..tahun depan lak, lagi best, backdated setahun gaji dan elaun..ada pertambahan elaun pulak tu..gaji baru pun dah start bulan Januari 2012 ni...wahh..dalam kepala dah plan ape nak buat dengan habuan ni, tapi yang pasti, simpanan mesti tolak ke tepi siap-siap..tu mmg kemestian setiap kali dapat bonus..kalau dulu, simpan sampai dapat la renovate rumah tu..kalau sekarang lak..hmmm..adelah..biar lah rahsia..

Selasa, 13 Disember 2011

Kuih buah melaka atau onde-onde

minggu lepas, sambil lepak -lepak je kat umah, aku teringat nak buat kuih buah melaka ataupun ada setengah orang panggil keuih onde-onde..hubby suka makan kuih ni..sambil berpandukan buku resepi, aku pun membeli bahan-bahan yang diperlukan..senang je buat kuih ni..same la macam nak buat kuih kasui..senang sangat..yang membezakan nya malas ngan tak malas je nak mencube..buat nyer tak remeh..

akhirnye, bile dah siap, inilah rupenya...kuih buah melaka buat my beloved hubby...

Ahad, 11 Disember 2011

Kisah minggu ini..

minggu ni, cuti agak panjang..isnin depan, selangor bercuti sebab besday sultan selangor..best jugak..dapat rehat panjang..

so, weekend ni aku menghabiskan masa di kampung ku, banting..hubby outstation ke pasir gudang selama 3 hari..kat kampung lak, adik ku, ella di risik orang..alhamdulillah..segalanya berjalan dengan lancar..tarikh untuk hari pertunangan nyer pun dah di tetapkan..kalau tiada aral melintang, insyallah 7 januari 2012, berlangsung la majlis pertunangan ella nanti..jauh jugak bakal adik ipar ku kali ini..sungai petani kedah..x pelah, boleh berjalan ke tempat orang..kalau segalanya berjalan seperti yang dirancangkan, nampak gayanya tahun hadapan aku jadi mak pengantin lagi lah kan..now i'm counting days...

hahaha..ade satu peristiwa lagi berlaku hari ni...peristiwa jatuh motor..konon-konon nak memandai-mandai bawak motor, tapi terpecut laju lak..syukur la tak de apape yang serius..motor calar sikit, kaki melecur sikit la sebab kena ekzos panas..syukur..tapi tadi malas nak bagitau ngan hubby takut die risau kat sane..hehehehe..tunggu hubby balik dulu...yang penting, enjoysss..

Khamis, 8 Disember 2011

Kuih kasui



gara-gara dapat resepi dari kak sham minggu lepas, due hari berturut-turut aku buat kuih kasui..hahahaa..alhamdulillah, berjaya..senang je buatnyer.. btw, thanks to kak sham for the recipe ye..balik je keje, terus gi cari bahan-bahan untuk buat kuih..modal yang kecik, keje nak buatnyer pun mudah..hepiii...

Selasa, 6 Disember 2011

masak dinner buat abg tersayang

hari ni cuti..ade urusan rumah yang perlu diselesaikan.. patut nyer dari hari tu lagi dah settle..tapi x tahu bile nak ambik cuti..kali ni tekad apply cuti..

selesai je urusan yang hendak disudahkan tu, aku menjalankan kehidupan harianku seolah-olah aku seorang surirumah sepenuh masa..dari mengemas rumah, membawa kepada melaundry, melipat sampailah membawa ke petang..belah petang pulak, aku ke pasar membeli sedikit barang-barang dapur dan beberape barang keperluan yang lain..niat hari tu, kalau hubbby honey dew balik, boleh la dinner same-same kat rumah..tapi sebelum tu, call dulu tanye balik awal ke tak..kalau tak kang bile lak nak dinner yer..kalo balik dah pukul 12 lebih..tu bukan dinner tapi supper..

hepi bile dengar hubby kate die akan balik awal dari biasa hari tu..terus masak petang tu..dah bagitau dah ngan hubby yang aku nak masak untuk dinner hari tu..so,kena la cepat balik..hehhhee..tapi sebelum tu, hubby sempat pesan jangan masak banyak-banyak..masak pun yang ringkas-ringkas je..sbb dah malam..ok lah..so, aku pilih untuk masak sayur kobis masak lemak dengan tempe, ikan keli goreng dan sambal belacan..semue pun favorite hubby..



siap je masak, aku masak bubur kacang hijau pulak..yang tu pun favorite hubby..dan yang paling seronok bile hubby kate " hmmm..sedap nyerrr...ister abang ni dah makin pro la masak lemak"..seronok dengar..ape pun orang kate kalau masak dengan hati mesti menjadi..sayang awakkk...

Isnin, 5 Disember 2011

Ombak Rindu

wahh..movie cinta melayu alaf baru..menarik..sangat-sangat menarik..so touching..x rugi pergi nonton wayang semalam..thanks a lot to hubby..siap belanje adik-adik ku lagi..ingat nak tengok for the second time..lakonan mantap aaron aziz(my forever hero), maya karin, lisa surihani dan banyak lagi..habis basah lengan baju hubby..mane taknyer, teresak-esak aku menangis kat panggung tu dibuatnyer..touching sangat..suke sangat-sangat..x sabar nak tunggu movie cinta melayu macam ni lagi..happy weekend..

Ahad, 4 Disember 2011

Kisah ella

wahhh..berita tergempar ni..tetibe je adik ku ella bagitau yang die nak bertunang bulan januari 2012 ni..next week keluarga belah lelaki akan datang merisik..ape pun aku dan keluarge menerima dengan hati terbuke..hepi for her..semoga sagalanye berjalan dengan lancar hendaknyer..sekarang ni aku sedang menghitung hari untuk hari pertunangan ella..

ella pula sibuk membuat persiapan untuk hari pertunangannyer..time ni la aku akan memainkan peranan sebagai kakak sulung...dan kiranye segala-galanya berjalan dengan lancar, tahun 2012, aku dan keluarge ku bakal menerima seorang lagi ahli keluarge baru..aminn...

Isnin, 21 November 2011

Harimau Malaya

yeayyy..golll....alhamdulillah..sekali lagi skuad kebangsaan bola sepak malaysia berjaya membuktikan kemampuan untuk membawa balik sekali lagi pingat emas buat negara..bangga tak terkata..4-3 melalui tendangan penalti setelah seri 1-1..lebih-lebih lagi bile pihak lawan, pasukan tuan rumah, Indonesia meperlekeh-lekeh kan negara kite, buruk dohh..orang-orang Indonesia ni..dah la tak reti nak hormatkan orang..x nak terima lak kekalahan..haihhh..dah kalah, wat la cara kalah..tak rasional dan x de langsung sikap kesukanan dalam diri diorang tu..

syukur, pasukan kite telah membuktikan yang kite tak gentar dengan segala kutukan yang dilemparkan mereka..syabas Harimau Malaya..antara perkara yang paling menggembirakan dan membanggakan untuk ku dalam tahun 2011 ni..lepas ni nak beli jersey Harimau Malaya..syabasss..hopefully, pasukan Harimau Malaya akan terus mengharumkan nama Malaysia..

Selasa, 15 November 2011

Penghijrahan hubby

alhamdulillah..syukur..hubby honey dew ku dah bertukar tempat keje..hopefully berhijrah ke ofis yang baru for the better future..it's time to move..aku sentiasa mendoakan yang terbaik buat abang..kali ni abg bertukar ke NFC, National Fidlot Corporation atau Pusat Fidlot Negara..salah sebuah syarikat milik kerajaan.. membezakan kali ini, hubby bekerja hingga lewat malam..dan ada kalanya hubby terpaksa "outstation" ke Gemas dan Kota Tinggi..
aku suke dengan penghijrahan hubby kali ini..semuanya untuk kehidupan yang lebih baik...malah lebih baik dari apa yang telah kami berdue bina selama ini..apa pun, i luv u dew..muahsss..

Rabu, 2 November 2011

Mohd Harith Zaffran

alhamdulillah...bertarikh 1.01.2011, lahir seorang lagi anak buahku..anak ke due adik ku pilun dan ezan..wahh..dah sepasang dah..sorang perempuan, seorang lelaki..happy sangat untuk mereka..moga bertambah bahagia mereka hendaknye dengan kelahiran cahaya mata yang baru ni..zaffran..auntie, tak sabar nak tunggu zaffran besar..si kakaknyer, aina qistina dah 2 tahun dah..makin lasak..geram dibuatnyer..ape pun, syukur alhmadulillah..

Isnin, 31 Oktober 2011

Masak lemak cekur manis



dah siappp...."abah, abang..jom makan.."..hehehe..inilah menu tengahari aku dan adik aku..tadi kan kate nak masak..so, inilah hasilnyer..masak lemak cekur manis..ikan merah..goreng je..dengan sambal belacan..sedapp..so, nak makan dulu...bismillah...

Aktiviti weekend

cam biase..weekend ialah mase untuk bersama keluarge..spend time kat banting dengan abah dan adik-adik..next week dah raya aidil adha..kemungkinan besar, aku dan hubby akan beraya di kuantan..ok jugak tu..lama juak tak balik kuantan..so boleh lah spend time kat sane pulak..tukar venue..

sampai je, terus breakfast same-same..nasi lemak sotong makcik leha kat banting..kalau balik banting je, memang la ketat perut aku ni..dan skrg ni pulak, nak ke dapur ngan adik ku..baizura..memasak untuk makan tengahari..free2 petang nanti baru pikir ape nak buat..adioss..

Ahad, 30 Oktober 2011

Blackberry baru


hari ni, dah plan nak servis kereta..pagi-pagi lagi dah keluar rumah menuju ke pusat servis honda actmar, bukit raja..walaupun sampai tempat servis tu pukul 8.45 pagi, tapi yang menunggu nyer sangat la ramai...aduii..mula-mula tu nak tunggu, tapi memandangkan macam tak berbaloi je nak menunggu lama kat situ, kitorang pun tukar plan untuk servis pada tarikh yang lain..bincang punye bincang, terus buat appointment nak servis minggu depan..

keluar je dari situ, teeeruss ke klcc..mane lagi..lunch dulu di kampung baru..pekena ikan bakar..pastu terus ke klcc..hasrat hati nak survey handphone baru..hubby pun nak tukar handphone..aku pun nak upgrade handphone..so, dah survey..hubby kate dalam minggu depan nanti nak pergi beli..hmmm..tak sabar..tapi macam mane pun, aku nak survey dulu, blackberry mane pilihan hati..