Rabu, 16 Jun 2010

My Family..






Tinggal beberapa hari sahaja lagi abah bakal menerima isteri baru nyer, dan aku adik-beradik pule bakal mempunyai ibu baru..perasaan aku sekarang bercampur-campur.Jauh dalam sudut hatiku, aku berasa gembira dengan kehadiran auntie nana..tapi dalam pada masa yang sama, aku berasa sedih mengenangkan arwah ibuku yang telah pergi meninggalkan kami..

Aku masih ingat saat kematian ibuku...11 ogos 2008, hari Isnin...separuh jiwaku hilang..tetibe je bergenang air mata..sedih nyer masih terase sehingga kini..namun, aku kena redha..moga roh ibuku ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman...

Tiada ulasan: