Isnin, 6 Disember 2010

MAHA INTERNATIONAL 2010



MAHA 2010 telah tiba...pukul 9 lebih dah gerak dari rumah..tempat pameran tu tak jauh pun dari rumah..dekat je..lebih kurang 10 minit..tapi oleh kerana pagi tu ak bertolak dari kampung ku banting..so, perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 10-20 minit terpaksa mengambil masa selama leih kurang sejam..itu pun sebab banyak jalan yang menghala ke kl ditutup dan disekat..apa lah kan...semua pasal reformasi yang dilakukan di kl..menyusahkan orang je..

tapi, alhamdulilliah..segalanya berjalan lancar sekali..cuma cuaca agak panas..ya Allah..terik betul..berkilat-kilat kulit muka dibuatnya..tapi apa pun yang penting kemeriahan meluangkan masa bersama hubby dan adik-adikku..

banyak lah jugak perkara-perkara yang dapat dilihat di pameran tu..seronok..ramai betul orang yang hadir hari tu...lagipun hari tu merupakan hari terakhir pameran..ramai sangat orang..yang turut sama memeriahkan suasana..hmmm..antara perkara yang menarik ialah ternakan-ternakan baka kambing dan lembu..macam-macam rupa dah..ade lembu yang berbonggol dan sebagainya..ade seladang, jenis-jenis kambing..kambing gurun ada, kambing biri-biri ada..dan yang paling menarik..gerai buah-buahan..itu lah pun antara yang paling banyak aku borong..buah mangga, buah jambu, buah ciku, buah nangka...hhmmm..manis...yang kelakar, adik aku excited lak dapat jumpa kelapa laut..siap bergambar lagi dengan buah kelapa laut tu..ish..ish..kesiannyer..

lama jugak lah kami menghabiskan masa di situ..lepas makan tengahari dan membeli belah buah tangan untuk dibawa pulang, aku dah plat dah..tak larat..giler penat...memang mengantuk dan penat..tuhan sahaja yang tahu..petang tu, sampai rumah je terus tertidur sampai petang...hah..lega..hilang penat..

keseluruhan, hari tu memang menarik sekali..pada ku menarik atau tak menariknya sesuatu aktiviti tu bergantung kepada diri sendiri untuk menjayakannya..untuk abang, terima kasih coz u r always be on my side...i luv so muchh...

Tiada ulasan: