Rabu, 7 September 2011

Ramadhan 2011 & Hari Raya 2011

Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri 2011..

Hadirmu beserta berkat serta rezeki. Tapi kali ini, merupakan ramadhan yang paling menggembirakan dalam hidup aku. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan Nya. Tahun ini telah merapatkan lagi hubungan ku dengan suami ku..kalau dulu nya solat masing-masing, tapi pada ramadhan kali ini, kami sering berjemaah bersama..persiapan hari raya juga telah siap lebih awal..kuih raya, duit raya, baju raya dan barang-barang kelengkapan rumah yang lain. Langsir, karpet dan macam-macam lah..seronok pun ada walaupun penat. Tapi kesudahannya berbaloi.

Tema hari raya tahun ini, hujan lumut dan jingga. Seronok bila lihat abg kelihatan segak mengenakan baju melayu raya tahun ini. Eh! puji laki sendiri lak. Tapi memang betul pun..hehhehee..Aku pulak mengenakan baju kebaya yang dibeli dari bandung indonesia tahun lepas. macam biasa, kami beraya di banting, kampung kelahiranku.
Lepas je solat hari raya, kami menjamu juadah raya yang telah tersedia di meja makan.
Menu pagi tu, rendang ayam, kuah kacang, nasi impit, serunding daging (dibeli di jalan tar), nasi lemak dan sambal sotong. best..semuanya aku dan adik-adik ku yang bertungkus lumus menyiapkan nya.

Seterusnya beraya bersama atuk dan mak saudara serta bapa saudara ku sebelah abah di jeram, kuala selangor.ku hadiahkan sepasang baju melayu buat atuk berwarna hijau lembut(ikut tema kitorang).macam biasa, setelah bersalam-salaman serta bertukar-tukar duit raya, apa lagi, makannn....menu lebih kurang sama, cuma kat rumah atuk ada lemang..kalau mase zaman arwah atuk ada dulu, mesti ada ketupat palas,cecah ngan kuih durian.bile ingat-ingat balik, best gak kan kalau dapat makan sekarang.tak pe, nanti nak pergi cari lah bile berkelapangan.

lepak-lepak jap kat kampung, sessi bergambar..baru beraya lagi..kali ni, kami berkonvoi ke kg tok uda di tanjung karang, kuala selangor.lagi sekali, aktiviti makan ketupat dan rendang bermula..lepas tu beraya pulak ke rumah pakcik anuar, anak tok uda (sepupu abah).abah bukan boleh jumpa pakcik anuar ni..pantang jumpa. kalau jumpe, banyak la kenangan lama di imbas kembali. wah..banyak nyer kenangan zaman silam abah ngan pakcik anuar..tapi seronok layan dengar citer zaman kanak-kanak abah..bak kate orang, dapatlah mengenali abah dengan lebih rapat lagi.

hmmm..penat lak tetiba.. bersambung kembali la.

1 ulasan:

Mamavouge berkata...

upload la gmbar raya...baru beshhh