Jumaat, 31 Mei 2013

Menunaikan umrah bersama suami dan abah



Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh..

Ya Allah..lamenye tak jenguk blog ni..lame betul tak update blog ni..tak tahu kenape tetibe je rase cam nak jenguk balik blog ni..dan bile dah jenguk tu, mule la pulak datang minat nak aktif update blog aku ni..

kalau nak diikutkan dah setahun lebih rasenye aku tinggalkan blog ni..x de mood nak update selalu.tapi baru-baru ni aku nak kongsi satu pengalaman atau kenangan yang paling bermakna, bererti dan boleh dikatekan menjadi satu langkah ke arah kehidupan yang lebih baik. Insya Allah..ape pun yang penting, ape juge perasaan yang datang ni adalah perasaan yang didatangkan sendiri olehNya..aku rase amat bersyukur atas apa yang telah dikurniakan olehNya..Dia lah Allah, Tuhan Sekalian Alam, Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.

Apa yang ingin aku kongsikan bersama di sini ialah pengalaman aku menunaikan umrah bersama suami dan abah pada 8 Mei 2013 sampailah 22 Mei 2013. Hingga ke hari ini, aku terase rindu untuk ke sane kembali. Kerinduan yang bukan dibuat-buat tapi rasenye masih belum puas dan tak cukup mengabdikan diri padaNya..terase dekat sangat diri ini denganNya bila berada di sana. Aku pergi bersama jemaah Malaysia yang lain yann diuruskan oleh pihak Andalusia. Pakej ni untuk bilik bertiga, seorang dikenakan sebanyak RM 5,790.Lame dah aku booking pakej ni dan selagi belum menjejakkan kaki ke sana, aku sentiasa berdoa agar perjalanan kami diberkati dan diterima oleh Allah. Alhamdulillah, akhirnya segala-galanya berjalan dengan lancar. Banyak perkara bermanfaat yang dapat aku pelajari di sepanjang perjalanan ke sana.

Perjalanan yang bermula di KLIA..seterusnya menziarahi Kota Madinah selama lima hari dan hari ke enam dan seterusnya kami berada di Kota Barakah, iaitu Kota Makkah Al Mukarramah..Subahanallah..Alhamdulillah..syukur dapat menjadi penziarah Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad S.A.W dan tetamu Allah.Sampai sahaja di Masjid Nabawi, keindahan masjid itu sendiri sudah cukup mengkagumkan aku. Bukan aku sahaja, perasaan itu same dirasekan oleh suamiku dan abahku sendiri. Tak dapat nak dibayangkan betapa tenangnya walaupun berada di perkarangan masjid. Dapat juga aku bersembahyang dan sujud di Raudhah..tempat dimana Rasullah S.A.W sujud sewaktu solat, tempat di mana setiap yang berdoa di situ pasti dimakbulkan doanya. Berpusu-pusu umat Islam dari seluruh pelusuk dunia ingin menunaikan solat dan berdoa di situ. Yang pastinya, aku juga tidak berkecuali. Aku mengambil peluang yang ada untuk bersama-sama mendapatkan shafaat di situ. Alhamdulillah..segala-galanya menjadi mudah bagiku. Terima kasih Allah. (Menitik air mata sewaktu menaip blog ni..sayu pulak tetibe).

Untuk makluman semua, sepanjang perjalanan menuju ke masjid nabawi, peniaga-peniaga Arab dari pelbagai bangsa berniaga, menjual pelbagai barangan berbentuk cenderahati dan barang-barangan keperluan yang lain.Seronok sangat berada di sini. Barang-barang tersebut juga ku rasekan harganya agak berpatutan. Adalah juga barang-barang yang dibeli di sini sama ada untuk keperluan peribadi atau untuk cendera hati untuk saudara-mara, adik beradik dan kawan-kawan yang berada di Malaysia.. lagipun baik beli di sini. Beli siap2..tak yah dah sibuk-sibuk nak beli di Kota Makkah nanti.boleh tumpukan pada perkara yang lebih penting lagi bila berada di Kota Makkah. Suasana di Madinah..menarik..seronok rasenye berada di sana..rindu je rasenye..dan yang pastinya selepas ziarah wida, beri salam terakhir buat Rasullah S.A.W, air mata tak henti-henti mencurah-curah turun..dalam hati, aku berkate " Aku akan ke sini lagi"..Insya Allah..

Ok..itu cerita sepanjang di Madinah..Di Kota Makkah, lain pula ceritanya..so yang itu akan saya ceritakan kemudian..
bertemu lagi ye..

Wassalam...

Tiada ulasan: