Sabtu, 1 Jun 2013

Family Day Hajah Habsah 2013 (Keluarga Mertua)




Sempena Cuti Hari Keputeraan SPB YDP Agong ni, keluarga mertuaku telah mengadakan Hari Keluarga..Oleh kerana ibu mertua ku bernama Hajah Habsah..maka hari keluarga ini dipanggil "Hari Keluarga Hajah Habsah 2013"..dan hasil dari perbincangan keluarga, hari keluarga ini akan diadakan setiap tahun dan akan disponsor oleh setiap ahli keluarga..

Macam-macam aktiviti sukan telah disediakan oleh pihak penganjur hari keluarga ni..antaranya mummia noti, celup udang dalam tepung, sehati sejiwa (untuk pasangan ibubapa atau suami isteri sahaja), kumpul gula-gula terbanyak dan banyak lagi la.aktivti sukan ni semuanya dijalankan di tepi pantai.. oh ya..lupa pulak nak bagitau, lokasi hari keluarga ni..lokasi bertempat di Corus Residence and Paradise, Port Dickson. Kecoh dan gamat bagi ahli keluarga yang lain..kak yah sekeluarga, kak zai sekeluarga, kak huraizah sekeluarga, hairiah sekeluarga dan aku serta suami. Juara keluarga terbesar, so far..masih lagi dipegang oleh Kak Zai lah..dan sedang bawa seorang lagi ahli keluarga ke dunia ni tak lame lagi..alhamdulillah, murah rezeki beranak ramai..aku dan hubby tercinta..hmm..masih lagi happy berdua ke mana sahaja..itu pasti..tapi tak kecoh la..berdua je..tapi seronok melihat gelagat anak-anak buah yang memang kecoh giler..macam tak ingat dunia orang kate..hehehehe...

sebelah malam pule, di isi dengan BBQ bersama-sama..di selang seli dengan penyampaian hadiah dan cake cutting..cake cutting ni surprise untuk ibu mertua ku..sedar-sedar dah 71 tahun dah..alhamdulillah..masih lagi bersemangat menjaga cucu-cucu..sihat mihat..sape2 juga yang menyambut hari jadi dalam bulan mei ini juga berpeluang memotong kek bersama-sama ibu mertua ku termasuk lah cik hubby ku yang " pemalu" tu..hehhehehe..lepas makan-makan, bertukar-tukar hadiah, bercium ciuman, satu sessi untuk ucapan serta kata kata aluan dari setiap ketua keluarga pula diadakan sebagai penutup acara untuk hari itu..

keesokan harinya pula, menu breakfast kami " nasi lemak " special..hmm...sedap..ade yang makan nasi minyak berlaukkan sambal nasi lemak, daging BBQ dan ayam BBQ..bila kecoh-kecoh macam ni, apepun jadi sedap.. :-)..tengahari check out time...so, its silent time for me and hubby..berkumpul di rumah kak yah dulu di bandar nusaputra, baru leh berdua dua balik dengan hubby..nice weekend....

Tiada ulasan: